Kurma Supplier
Green Diamond International S/B | Tel: (+60) 389411300 | H/P: (+60) 173122220

Green Diamond International S/B Kalori dalam Buah Kurma


Whatsapp, Viber "0173122220"


Kalori dalam Buah Kurma

Definisi Buah Kurma

Kurma adalah sejenis buah yang mempunyai isi dan berbentuk oblong. Pokok kurma yang besar yang hampir menyerupai pokok kelapa. Kurma tumbuh dalam kelompok yang boleh mengandungi lebih dari 200 buah dengan berat kira-kira 25 paun. Jenis kurma yang paling banyak boleh didapati di Iran, Shahany, Mozafati, Kabkaab dan Zahidiare. Kebanyakan buah-buahan mempunyai berat yang besar daripada air,manakala bagi buah kurma, 70% beratnya datang dari kandungan gula.

Kurma mempunyai rasa manis yang boleh digambarkan sebagai campuran madu dan gula sirap. Selain rasa yang manis, buah ini amat berkhasiat kerana kaya dengan vitamin A1, B1, B2, B3, B5 dan mempunyai kira-kira dua puluh asid amino penting. Ia mempunyai tahap yang tinggi kalium, fosforus dan kalsium dan juga mengandungi serat makanan dalam jumlah yang besar.

Apakah itu Kalori?
Apabila orang bercakap tentang kalori dalam makanan, apa sebenarnya yang mereka maksudkan? Kalori adalah unit ukuran tetapi bukan untuk mengukur berat atau panjang. Kalori ialah unit tenaga. Apabila anda mendengar sesuatu yang mengandungi 100 kalori, ia adalah satu cara untuk menggambarkan berapa banyak tenaga badan anda boleh dapat daripada makan atau minum tersebut. Anda boleh mengetahui berapa banyak kalori dalam makanan dengan melihat label fakta nutrisi. Label tersebut juga ada menerangkan komponen makanan - berapa gram karbohidrat, protein, dan lemak yang ada.

Kandungan Kalori dalam Buah Kurma

Buah-buahan terdiri daripada karbohidrat kebanyakannya karbohidrat ringkas, beberapa jenis protein, dan lemak yang sangat sedikit -kecuali aprikot. Jika anda inginkan kandungan kalori dalam buah kurma, maka, ia adalah sekitar 500 setiap cawan (178 gram) kurma. Kurma yang bersaiz besar (lapan gram) mempunyai mungkin mempunyai kira-kira 23 kalori. Satu cawan buah kurma mengandungi sekitar 4.5 gram protein, 0.7 gram lemak, 134 gram karbohidrat, 14 gram serat dan 113 gram gula.

Kalori dalam kurma Membantu Meningkatkan Berat Badan.
Walaupun kebanyakan kita cuba untuk mengurangkan berat badan tetapi terdapat juga beberapa orang yang sangat ingin mengingkatkan berat badan. Kurma mengandungi kalori yang tinggi. Dengan hanya satu ulas kurma bersamaan dengan 20 hingga 60 kalori (bergantung kepada jenis). Pengambilan 5-6 kurma dalam diet harian seseorang boleh membantu meningkatkan berat badan. Kurma merupakan makanan ringan yang menyihatkan dan dapat meningkatkan berat badan. Jika anda tidak suka makan kurma begitu sahaja, anda juga boleh menambah kurma ke dalam kek, puding, dan lain-lain untuk mengurangkan kandungan gula di dalamnya.

Diet yang mempunyai banyak buah-buahan dan sayu-sayuran sememangnya bermanfaat dalam semua aspek. Selain dari membekalkan nutrien yang penting untuk tubuh badan, diet sebegini juga sesuai untuk orang yang ingin mengurangkan berat badan. Kandungan air dan serat yang ada dalam buah akan memenuhi perut, dengan itu akan menghadkan pengambilan makanan berkalori tinggi. Walau bagaimanapun kandungan kalori berbeza dalam setiap buah-buahan. Beberapa jenis buah-buahan seperti tembikai mengandingi kalori yang sangat rendah, manakala kurma, mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi.

Label :
Kurma, Buah Kurma, Kalori, Kalori Buah Kurma, Pokok Kurma

Order Now!