Kurma Supplier
Green Diamond International S/B | Tel: (+60) 389411300 | H/P: (+60) 173122220

Green Diamond International S/B Manfaat kesihatan Kurma Kering


Whatsapp, Viber "0173122220"


Manfaat kesihatan Kurma Kering

Buah Kurma kering adalah jenis buah kurma yang ranum dan mempunyai kelembapan kurang daripada 18 ?. Buah kurma yang kering boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang. Kurma yang kering juga adalah sumber yang kaya dengan vitamin dan mineral yang penting. Antara mineral yang paling penting diperlukan oleh badan manusia adalah magnesium. Magnesium seperti fosforus mampu menguatkan keupayaan ingatan, malah pesakit kencing manis yang tidak boleh mengambil kiub gula boleh mengambil kurma. Ini kerana kandungan magnesium melancarkan fungsi hati dan pankreas.


Buah kurma ini juga mengandungi magnesium yang boleh meningkatkan kecergasan fizikal dan mengawal fungsi hati dan buah pinggang. Risiko menghidapi kanser dan penyakit agak rendah dalam kalangan pengguna yang mengamalkan pemakanan buah kurma, malah kurma bermanfaat untuk merawat keasidan perut dan lain-lain penyakit tidak kira orang dewasa dan kanak-kanak . Menurut kajian lain, kanser perut juga boleh dicegah kerana kurma mempunyai bahan aktif yang paling berkesan untuk mengawal proses penghadaman. Sebagai kesimpulan, Kurma Kering berfungsi sebagai herba yang menghalang masalah sembelit kerana ia boleh dijadikan alternatif sebagai pelawas.
Buah Kurma Kering mempunyai jumlah kandungan serat yang tinggi yang menjadikannya sebagai sumber tenaga yang ideal, sesuai untuk penurunan berat badan, menghalang sembelit dan melancarkan sistem penghadaman. Buah kurma melancarkan sistem pencernaan yg terganggu secara beransur-ansur, pedih ulu hati dan asid gastrik. Ia kaya dengan kalsium yang boleh mencegah osteoporosis. Kandungan zat besi membantu penghasilan sel darah dan hasilnya dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.


Buah kurma kering juga mempunyai kadar antioksidan, asid amino dan vitamin B yang tinggi serta berupaya untuk merawat masalah pada rambut. Kandungan magnesiumnya pula bertindak sebagai anti-kanser dan sangat bermanfaat untuk keupayaan pendengaran dan penglihatan, sakit belakang pada sciatica artritis, paru-paru dan sakit dada. Kandungan nikotin dalam Buah Kurma Kering bermanfaat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit usus. Kurma juga kaya dengan bahan-bahan mineral seperti zat besi yang menjadikannya sebagai makanan tambahan pemakanan lengkap untuk orang yang mengalami anemia serta lain-lain penyakit.


Selain itu, buah kurma boleh meningkatkan kecergasan badan dan juga kekuatan otot secara umumnya. Kandungan fosforus dan magnesium yang tinggi mampu meningkatkan daya ingatan. Kandungan natrium yang sedikit tidak akan memberikan kesan negatif kepada pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi, kecuali dengan pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan pertambahan berat badan, kerosakan pada hati, meningkatkan tekanan darah, serta kerosakan pada gigi.

Order Now!