Kurma Supplier
Green Diamond International S/B | Tel: (+60) 389411300 | H/P: (+60) 173122220

Green Diamond International S/B Kurma dan kencing manis


Whatsapp, Viber "0173122220"


Kurma dan kencing manis

Pengambilan kurma untuk orang awam secara umumnya dan khususnya untuk penghidap kencing manis mempunyai had dan mesti dimakan secara berkala. ! pengambilan secara bebas dan tidak dikawal disebabkan anggapan bahawa pengambilannya tidak akan menyebabkan kenaikan berat badan. Perlulah diingati bahawa kurma mengandungi kadar gula yang tinggi yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan kencing manis. Ini perlu diberi perhatian terutamanya mereka yang mempunyai penyakit keturunan seperti yang disebut di atas.

Berikut merupakan senarai buah-buahan yang boleh diambil oleh penghidap kencing manis: epal, aprikot, pisang, buah ara, anggur, kiwi, oren, kurma dan kurma yang dikeringkan. Kesemua buah-buahan yang disebut terutamanya kurma dan kurma kering boleh dimakan untuk menggantikan bijirin yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Tetapi, kurma atau kurma kering tidak sesuai diambil oleh penghidap kencing manis kerana kandungan gula yang tinggi. Kebanyakan buah-buahan mempunyai rasa yang manis dan disebabkan hal ini, ramai yang menyangka bahawa buah yang manis seperti kurma tidak sesuai dimakan oleh penghidap kencing manis dan perlulah menjauhinya untuk mengekalkan paras gula yang seimbang. Tetapi sebenarnya, buah-buahan yang disebut di atas tidak berbahaya tetapi mempunyai had untuk orang-orang tertentu seperti mereka yang menghidap penyakit kencing manis dan perlulah berhati-hati dengan kadar pengambilannya kerana pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan dan tekanan darah tinggi.

Perlulah diingatkan di sini bahawa pengambilan kurma kering secara berlebihan boeh mengakibatkan keadaan yang teruk untuk penghidap kencing manis. Mengikut Persatuan Diabetes Amerika, buah-buhan yang mngandungi bahan mineral seperti vitamin A, C, E, Fosforus, iron dan magnesium boleh menjadi makanan yang terbaik dan sesuai untuk diet penghidap kencing manis. Salah satunya adalah buah kurma yang mana pengambilan secara sederhana tidak akan membahayakan penghidap kencing manis dan boleh memuaskan keinginan rasa manis, juga mengekalkan tekanan darah anda. Pengambilan kurma dengan yogurt boleh menghilangkan dahaga dan kelaparan tetapi perlulah diingati selalu bahawa penghidap kencing manis tidak boleh mengambil kurma lebih dari dua kali sehari!

Adalah layak untuk dikatakan pengambilan kurma yang berlebihan boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan kadar gula yang tinggi disebabkan oleh kadar gula di dalam buah ditukar menjadi gula yang mudah. Kurma yang segar mengandungi kurang kalori dan gula berbanding kurma kering. Adalah lebih baik untuk penghidap kencing manis mengambil kurma segar berbanding kurma kering.

Order Now!