Kurma Supplier
Green Diamond International S/B | Tel: (+60) 389411300 | H/P: (+60) 173122220

Green Diamond International S/B Kurma Medjool Organik


Whatsapp, Viber "0173122220"


Kurma Medjool Organik

Makanan organik bermaksud makanan yang berasaskan tumbuhan dan haiwan, penghasilannya menggunakan sistem semula jadi, tidak menggunakan bahan kimia seperti racun perosak, racun kulat, racun tumbuhan dan tiada pengubah-suaian pada sistem genetik. Dengan kata lain, organik membawa maksud bebas racun! Makanan organik seperti Kurma Organik Medjool mempunyai nilai pemakanan seperti jumlah kalsium, besi, fosforus, magnesium dan vitamin C yang lebih tinggi. Ciri-ciri istimewa pada buah Kurma Medjool Organik yang segar adalah saiznya yang sangat besar, tekstur yang lembap, isi yang banyak, dipetik menggunakan tangan dan rasanya yang sangat manis membuatkan ia dikenali sebagai Raja Kurma. Kurma ini ditanam secara organik tanpa baja atau bahan kimia. Kurma Medjool organik boleh dijadikan sumber serat semulajadi untuk membersihkan dan melawaskan sistem pencernaan teruntamanya bagi mereka yang mengalami masalah sembelit, secara tidak langsung merupakan cara terbaik untuk menyokong kesihatan anda. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, rendamkan 4 hingga 6 biji kurma di dalam air semalaman dan minumnya di pagi hari seperti sirap.Malah kurma ini mengandungi nilai kalium iaitu mineral yang penting untuk pengecutan otot dan kesihatan jantung, lebih tinggi daripada pisang. Tambahan pula, ia mempunyai jumlah vitamin yang lebih tinggi berbanding jenis kurma lain. Selain daripada pelbagai kandungan mineral yang tinggi nilainya seperti kalium, tembaga, magnesium dan mangan, kalsium, zat besi, zink dan fosforus turut dikesan di dalam kurma ini . Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa mengambil apa jua jenis kurma terutama kurma organik bermanfaat untuk ditambah di dalam diet harian disebabkan fungsi antioksidan yang baik untuk kesihatan. Persatuan Dietetik Amerika melaporkan bahawa mengambil pemakanan yang kaya dengan antioksidan boleh membantu mencegah penyakit diabetes, kanser, penyakit jantung dan masalah neurologi seperti penyakit Alzheimer. Kandungan nikotin dalam kurma bermanfaat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit usus. Warna Kurma Medjool Organik secara amnya adalah warna gelap tetapi tahap kegelapannya bergantung kepada jenis tanah ladang. Perbezaan ciri yang paling ketara ialah sejak tiga tahun lalu tanaman kurma organik ini tidak diairi dengan air sisa dan bebas daripada logam berat seperti plumbum. Hanya wilayah Fars di Iran yang aktif dalam penghasilan kurma organik.

Order Now!